Kembali

Holla!

Aku kembali. Rasa mahu menulis sesuatu dan hanya terfikirkan ruang ini yang lama aku biarkan sepi. Hmm. Aku masih sama, bekerja di tempat yang sama, duduk di rumah yang sama, memandu kereta yang sama. Apa yang berbeza, housemate aku sudah bertukar, officemate juga sudah bertukar. Biasalah, dalam kehidupan itu memang akan ada yang datang dan pergi. Yang pergi membawa memori yang datang mencipta memori.

Aku masih lagi meneruskan hobi travel aku, masih lagi menulis di ruang yang lain. Masih juga lagi mencatat setiap perjalanan hidup aku. Bosan bukan?

Bangun pagi pergi kerja

Bosannya hidup aku. 

Bangun pagi pergi kerja balik kerja makan tidur bangun pagi pergi kerja balik kerja makan tidur bangun pagi pergi kerja balik kerja makan tidur bangun pagi pergi kerja balik kerja makan tidur. 

Berulang selama lima hari. Penat. Bangun pukul enam pagi sampai rumah pukul tujuh malam. 

Bila boleh aku nikmati kehidupan yang sempurna?

Perihal perut

Aku tak tahulah samada sekarang perut aku makin mengecil atau Tuhan dah slowly tarik selera makan aku. Makan sikit kenyang. Makan banyak senak. Tak macam dulu yang mana aku boleh sumbat ikut suka hati aku. 

Mungkin ini cara halus untuk suruh aku berdiet. Masalahnya, tak kurus pun -.-"

Dulu

Dulu aku pernah jadi seorang yang paling berani dalam meluahkan rasa. Aku rasa aku suka orang tu, tidak perlu risau dalam masa beberapa hari saja aku sudah ada kekuatan untuk bertemu empat mata dan cakap "aku suka kau". Senang bukan. 

Tapi itu semuanya DULU. 

Sekarang aku lebih kepada memendam. Lihat dari jauh. Rasa bakal ditolak. Senang cerita aku jadi seorang yang penakut. Inilah masalah bila dewasa. Banyak benda yang perlu difikir. Mungkin sudah matang dan rasa jiwa keberanian itu sikit sikit makin pudar. 

Haish. Penat jadi dewasa. Aku mahu jadi seperti dulu boleh?