Aku terasa macam nak ponteng je kelas isnin nie. Malas. Dahlah pagi lepastu empat jam nak kena mengadap dengar lecturer bercakap. Kadang kadang aku rasa aku macam hanyut dalam dunia aku dan bila kena sergah aku jadi tersentak. Itu maknanya aku tak fokus la kan.
Tapi tak boleh sebab hari tu lecturer dah call aku tanya kenapa tak datang kelas. Takkan kali nie nak bagi dia call lagi. Tak baik kan bagi lecturer rindu kat aku. Kejam namanya tu. Kalau dia rindu, aku yang naya sebab nanti dia tak bagi aku ambil final sebab nak jumpa aku lagi sem depan.
Tak ke aku merana?
No comments:
Post a Comment