Alumni dan Jakarta

Elok aku online tengok nama aku dah di listkan dalam group alumni sekolah aku dulu. Sekali buka, dah banyak dah diorang post. Yang paling tak tahan ada yang siap promote perkhidmatan lagi. Hebat sungguh la kawan kawan aku ni.

Tadi waktu nak balik ada sorang mamat indon nie datang tanya kat aku macam mana nak pergi lcct. Aku pun buat pandai bagitau la caranya sebab aku pernah ingat kawan aku pernah bagitau aku dulu. Bila masuk train mamat indon tu duduk sebelah aku.

Dia takut salah tempat. Tapi aku turun dulu. So, kalau aku salah bagi information tak balik la dia ke Jakarta. Ampun ya pak!

No comments: