Makan cili rasa pedas

Nasib baik tak jadi ponteng tadi. Kalau tak mesti akan kena kirim salam dalam ayat paling menarik sekali seperti erti kata lain lecturer tu suruh aku pergi mampos la sebab berlagak pandai sangat. Tapi dalam kelas masih lagi terkena bila dia tanya buat apa bila kelas takde. Ada banyak jawapan dia bagi. Bengong, dia tanya dia bagi jawapan. Sayangnya, satu pun tak betul.

Jawapan aku bila takde kelas, aku balik rumah. Dia sentap. Dia badget kitorang habiskan masa depan laptop/pc or what so ever la. Lupa pula aku nak balas yang memang even balik rumah pun seharian aku mengadap laptop. Cuma apa yang aku lakukan tu berbeza dari apa yang dia inginkan. Dia inginkan aku buat kerjanya iaitu create program yang entah pape. Tapi apa yang aku buat adalah, melayan youtube, menonton movie, menulis blog seperti yang dilakukan sekarang.

Eh, sama la kan. Tetap juga mengadap laptop. Lepas tu nak perli perli pula. Sir, jujur nak bagitau nie, saya rasa pedas lah!

No comments: