Aku dah tahu semuanya. Tak perlu nak berahsia dengan aku. Aku tak perlukan semua itu hanya untuk kau jaga hati aku. Buat masa ni hati aku dah cukup keras, tak perlu kau takut jika nanti ia akan terburai. Itu tak mungkin berlaku buat masa ini.
Sekarang, hati kau senang, hati aku pun senang. Cuma lepas ni pesan pada dia, jaga hati kau sebaik baiknya sebab kalau dia tak lakukan itu, aku takkan teragak agak untuk rampas balik hati kau yang telah dia curi dari aku. Aku akan simpan hati kau itu kemas kemas.
Tapi,
Jika sekali lagi ia dicuri, aku tidak akan rampas kembali kerana ia adalah salah aku sendiri. Biarlah aku jaga pula hati aku sendiri kerana itu lebih penting dari ia terus sakit dan sakit.
No comments:
Post a Comment