Hari tu aku pernah cakap dah takde makan makanan sedap kan. Ah, tipu je tu. Lepas aku cakap tu, berduyun orang invite pergi makan sane sini untuk berbuka. Aku pun dengan rela hati mengiyakan kan segala jemputan tu.
Bila lagi ada peluang macam tu kan. Setahun sekali je. Kalau hari hari biasa, takdenya nak pergi gedik makan benda tu semua. Alih alih kedai belakang yang dituju. Makan menu biasa. Nasi goreng bla bla bla.
Aku rasa, bulan puasa nie makan lagi hebat dari bulan tak puasa.
Apa yang pasti duit pun mengalir keluar lagi laju pada bulan puasa berbanding bulan tak puasa. Nie dah kira silap bajet nie.
Sekarang dah tinggal sepuluh hari sebelum raya. Masa untuk shopping raya. Duit lagi !
=.='
No comments:
Post a Comment