Rasahati # 1

Report dah siap hantar. Banggang, kena siapkan juga petang tadi kalau taknak markah kena tolak. Otak aku pun dah nak gila buat report.

Tapi macam sial bila report aku sama dengan yang lain. Kau boleh bayangkan tak berapa markah yang akan aku dapat dan markah itu terpaksa dibahagi dengan yang lain. Bagi aku samalah macam aku dapat duit seringgit dan kene bahagi sepuluh.

Bila sedap nak berehat dapat pula berita cadangan event ditolak. Nak buat malam akustik pun tak boleh. Nak kena berunsur ilmiah. Kau boleh fikir tak, takkan nak sogok student dengan benda berilmiah je. Lama - lama student boleh gila. Have fun la sikit. Dah hari - hari mengadap buku, bagi la otak kitorang nie rilex sekejap.

Please jangan disebabkan universiti nie sebelah uia, nak hipokrit follow uia. Cakap no hiburan, tapi bila buat talks, panggil artis juga. Taktik nak tarik student pergi dengar ceramah. Apa kes.

No comments: