Dari apa yang aku lihat, kau sudah menjadi orang lain. Bukannya seorang yang aku kenali dulu. Kau dah berubah. Sudah tidak mampu membuat aku kagum lagi.
Kecewa.
Ya, aku sangat kecewa dengan perubahan kau. Memang ada teori mengatakan setiap manusia pasti berubah. Tapi bukan perubahan ini yang aku harapkan. Kau sebagai lelaki sepatutnya membimbing, bukannya hanyut sekali.
Untuk sekian kalinya, aku harap kau mampu sedar dan kembali menjadi diri kau yang dulu.
Sila buat aku kembali kagum pada kau lelaki.
No comments:
Post a Comment