Happiness

Secara terbukanya, tiada siapa yang memaksa kau menunggu dia. Tiada. Hanya kau yang bertekad menunggu dia walau apa pun terjadi.

Janji.

Ya, itu janji kau padanya, tapi janji itu akan mati jika dia berjumpa yang lain. Tolong berpijak di bumi yang nyata. Jadilah manusia yang mungkir janji untuk kali ini. Kali ini saja.

Lepaskan dia pergi kerana itu adalah kehendaknya.

Jangan risau, masih ada bahagia yang menanti kau di depan sana. Kau hanya perlu teruskan berjalan ke hadapan untuk mencari bahagia itu kerana ia tak pernah tinggalkan kau, ia ada. Cuma ia mahu kau sendiri yang mencarinya.

No comments: