Semester baru

Semester baru dah mula dua minggu. Jadual aku agak celaka pada mulanya tapi bila diubah-ubah still maintain celaka sebab ada kelas jumaat petang. Walaupun aku tak berapa nak gemar kelas pada hari jumaat petang, tapi aku kena pasghah la daripada aku jadi lone ranger dalam kelas yang dipenuhi dengan orang aku tak kenal. Hari pendaftaran haritu dapat voucher rm200. Kawan aku dah awal-awal lagi cakap, confirm sem nie lecturer hentam suruh beli buku baru. Mentang ada voucher.

Tapi aku tak peduli semua tu. Aku bantai beli novel. Bukan baca sangat, saja gatal buat koleksi. Buku-buku ilmiah semua aku pinjam dari senior takpun beli je dari diorang. Sekurang-kurangnya aku jimat banyak dari beli yang baru. Gunanya takdela sampai nak lunyai buku tu sebab banyak buku yang aku dapat, majoriti macam tak bersentuh.

Aku rasa macam aku membebel banyak sangat. Kerja yang lecturer bagi pun dah menimbun. Tapi tak bersentuh lagi. Malam nie katanya nak buat, tapi tak tahu la kalau aku end up dengan mengadap buku-buku lejen press yang baru aku kutip dari bilik warden tadi.

Godaan je semua tu. Stress!

No comments: