Hidup aku biar aku yang tentukan.

Bila dah lama kau tak ungkit kisah nie, tiba-tiba saja hari ni kau ungkit. Aku sangka benda tu dah terhapus dalam fikiran kau. Tapi sayang, sikit pun tidak terhapus, malah makin mendalam. Bila sekali lagi aku beri nasihat, kau balas balik dengan kata, hidup kau biar kau sendiri yang tentukan dan aku tak perlu untuk masuk campur.

Yes, aku sedikit terasa dengan kata-kata kau itu. Tapi aku hanya mampu gelak kerana kau terlalu ego untuk terima segala nasihat yang aku bagi. Jagalah hati orang, jaga sampai kau puas. Walaupun hati kau sendiri yang sakit, biarkan. Itu yang buat kau rasa bahagia kan. Teruskan. Kau tutup hati kau, bukan saja tutup malah kau gari terus hati kau dan kunci untuk membuka gari itu kau campak jauh, jauh sehingga kau rasa tiada siapa yang mampu cari. Konon, pencinta yang setia. Jika dia yang pertama, maka dia juga yang akan jadi terakhir.

So, hiduplah kau dalam kenangan. Tak perlu kejar masa hadapan. Bagi kau masa hadapan jika tanpa dia adalah useless. Syabas la buat diri kau sebab berjaya jadi seorang yang diperbodohkan oleh cinta. Syabas kawan, SYABAS aku ucapkan.

Cuma nasihat aku, jika ada yang jumpa kunci itu, dan berjaya buka gari itu, jagalah dia sebaik mungkin. Lepaskanlah kenangan lama, dan ciptalah kenangan baru.

No comments: