Cuti dah mula. Mid sem break seminggu. Aku agak beruntung cuti kali ini sebab parents aku dah pencen so aku boleh rileks saja di rumah. Merasa kehidupan bila celik mata ada orang di rumah. Pergi dapur, ada makanan tersedia. Nikmat wa cakap sama lu. Sebab apa nikmat? Sebab dulu aku tak merasa macam tu. Mak dengan pak aku sibuk cari rezeki.
Paling terbaik, aku dapat makan masakan mak aku yang superb. Bila dekat hostel aku makan sehari sekali saja, balik rumah habis berterabur jadual makan aku. Kejap-kejap buat laksa, kejap-kejap char kuew teow, nak makan apa, sebut ja semua tersedia. Marvelous!
Oh, tambah pula internet yang agak baik berbanding wifi di hostel dan broadband yang ada kapasiti. Ditambah lagi dengan kampung aku di Taiping yang selalu hujan dan sejuk.
Sememangnya terbaiklah!
No comments:
Post a Comment