Diri aku terlalu sibuk sampai lupa yang Jun sudah mahu masuk ke pertengahan. Dengan kelas yang beratur seperti menunggu giliran untuk aku terjah buatkan aku rimas. Ditambah pula dengan perangai manusia di keliling aku yang buatkan aku lagi rimas, sesak nafas.
Kejadian semalam buatkan aku lebih berhati-hati untuk lakukan sesuatu atas dasar kawan. Ya, mungkin aku terlalu beri muka sehingga aku dengan senangnya dipijak-pijak. Mungkin bagi orang lain hal itu adalah hal yang agak kecil. Sekadar ditinggalkan terkontang kanting, dalam keadaan blur seorang diri tanpa arah tujuan sedang sebelum itu sudah berjanji setia untuk bersama. Tapi bukan bagi aku.
Aku lihat dia sebagai seorang kawan. Bukan musuh mahupun lawan. Ya, seorang kawan. Tapi disebabkan kawan, aku ditikam belakang. Secara halus saja aku ditikam. Luaran memang tak nampak sakit, tapi pendarahan yang berlaku di dalam langsung tak boleh diubati. Cukuplah aku rasa kau sebagai kawan. Aku tak perlukan kawan sebegitu rupa. Mungkin lepas ni kau boleh nyah dari hidup aku. Aku boleh berkongsi apa saja dengan kau, tapi untuk kali ini aku mungkin akan cuba bataskan segalanya.
Aku tak mahu lagi jadi patung kau. Maafkan aku jika apa yang kau arahkan aku tak mampu lakukan. Seperti tadi di mana kau minta aku simpan purse kau di tempat tersorok walhal benda itu kau boleh lakukan sendiri sebelum kau keluar. Hah. Aku dah penat layan kerenah kau dengan sikap kelam kabut kau tu. Bye kawan!
No comments:
Post a Comment