Kadang-kadang dalam kita bersahabat kita langsung tak sedar yang kita telah terguris hati mereka. Tambah yang sudah bersahabat lama. Bergurau, bertengkar, baik semula, bergaduh semula sudah menjadi asam garam dalam persahabatan. Tapi itu bukanlah tiket untuk kita sentiasa sakitkan hati mereka.
Kadangkala bila perasaan rindu itu menerpa, terasa ingin berkongsi cerita dengan rakan-rakan. Kisah suka, duka, perihal kerja, perihal rakan-rakan yang lain, perihal diri dan macam-macam lagi. Duduk ramai-ramai di suatu tempat yang tenang dan bercerita sampai tiada habisnya. Riang, gelak, ketawa, menangis, semua dihimpunkan sekali.
Tapi bila itu semua sudah dipandang sepi, tiada lagi gelak ketawa, yang ada hanyalah kata makian, walau hanya bergurau sedikit, yang diterima adalah herdikan semata. Mengalir air mata bila diperlakukan sebegitu rupa. Baru tahu, berkawan berapa lama pun, bila rasa orang lain lagi penting dari sahabat, semua kenangan bersama dilupakan. Susah senang selama bertahun-tahun dipandang hanya dengan kerlingan saja. Niat untuk bergurau disalah erti. Kasihan.
Lepas ini, kalau rasa sahabat itu sudah tiada gunanya, janganlah dicari lagi. Sekali terluka masih mampu diubati, masih mampu diberi peluang. Tapi bila sudah berkali-kali, peluang juga sudah habis diberi, hanya maaf saja yang mampu dilontarkan.
Maaf kerana tidak mampu jadi sahabat yang baik.
Maaf kerana tidak upaya untuk menyambut tangan itu dikala terjatuh.
Maaf kerana tiada lagi kenangan indah yang boleh disimpan.
Maaf kerana akan pergi jauh meninggalkan segala memori dan kenangan bersama.
Maaf sahabat, maaf.
No comments:
Post a Comment