Mahu tak Mahu

Kita takkan dapat apa kita mahu
Kita akan dapat apa kita tak mahu


Kita harus mahu apa kita tak mahu
Hingga kita tak mahu apa kita mahu


R E D H A
Page 14, Langit Vanilla.


Seperti kata diatas, ada masa kau perlu terima segalanya yang telah tertulis buat kau. Sebanyak mana usaha yang telah kau bazirkan, jika masih belum dapat apa yang kau mahu, cukuplah. Bukan aku mengajar kau untuk berputus asa. Bukan. Tapi aku mengajar kau untuk menerima hakikat bahawanya tak semua yang kau ingin miliki akan kau miliki. 

Belajar terima segala kemungkinan. Belajar untuk suka benda yang kau tak suka. Mungkin benda itu akan jadi sesuatu yang unik dan akhirnya kau sedar sebenarnya itu yang kau mahukan. Siapa tahu bukan?

Tak perlu fikir jauh. Di hadapan kau ada dua wanita. Satunya lemah lembut, sopan santun, ayu wajahnya. Yang lagi satu walau ada rupa tapi agak kasar sifatnya, agak kurang penampilannya. Kau memilih si ayu tanpa melihat, menyelidik si kasar. Sehingga kan si ayu menolak kau dan yang ada hanyalah si kasar yang sedia menanti. Kau terima dengan redha. Tanpa kau sedari si kasar ada suatu sifat yang unik. Dia manja, dia lembut, dia ayu. Tapi hanya di hadapan kau. Dari situ kau mula menerima dia sehingga kau lupa pada si ayu tadi. 

Nah, bukan semua yang buruk itu sentiasa buruk bukan. Kalau dibersih, digilap dan dijaga dengan baik, yang buruk bakal jadi cantik. Malah mungkin akan jadi lagi cantik berbanding yang lain. Belajar terima hakikat yang dalam dunia ini, bukan semua benda yang kita nak, kita akan dapat. Belajar juga untuk menerima sesuatu yang kita tak ingin kerana disebaliknya itu ada terselit sesuatu yang mungkin bakal mengubah persepsi kita.

Apa pun, yang penting terima segalanya dengan REDHA kerana setiap manusia telah Allah tetapkan yang terbaik untuknya.



SH-128
3 Ogos 2012
1.02 pm


No comments: