Dalam hanya dua bulan, banyak dugaan yang hadir. Seperti tidak tahu erti penat dugaan itu. Datang tanpa henti. Bertimpa-timpa. Di kala itu juga sabar datang membantu. Tenangkan jiwa aku yang senyum diluar, menangis di dalam. Jiwa jadi semakin sensitif. Tapi diri ini terpaksa tahan. Supaya tidak menyusahkan manusia sekeliling. Sakit. Jiwa aku sangat sakit. Beban yang aku tanggung berat. Tapi biarlah aku sendiri yang pendam. Bukan semua benda aku perlu khabarkan pada semua.
Mungkin senyum yang kau nampak manis. Tapi belum tentu dalam hati aku semanis senyuman itu. Mengajar diri untuk menjadi kuat. Ya, walau diri sebenarnya sangat lemah, tapi aku perlu berlakon kuat supaya yang lain juga dapat menyedut kekuatan diri aku untuk mereka juga jadi kuat. Aku tahu, jikalau aku jatuh, terduduk sekali pun masih ada Dia diatas yang akan bantu aku untuk bangkit. Aku percaya itu. Aku percaya, setiap apa dugaan yang Dia berikan sebenarnya ada hikmah disebaliknya. Cuma aku perlu berkawan lebih rapat lagi dengan sabar dan doa. Itulah yang akan membantu aku suatu hari nanti.
Tak perlu mengeluh. Bergembiralah kerana semuanya bakal kembali ke titik normal suatu hari nanti. Pejamkan mata dan bila buka nanti semuanya akan seperti sediakala. Senyuman yang manis dan jiwa yang terisi dengan segala yang indah.
No comments:
Post a Comment