#2

Istanbul Aku Datang dah selamat aku jamah malam tadi. Agak lama tak menonton filem melayu selepas kecewa dengan satu cerita ketika dahulu. Membazir. Cuma untuk kali ini setelah aku menonton sedikit sedutan filem itu serta barisan pelakon yang menguatkan lagi sebab untuk aku pergi menonton di pawagam. 

Agak menarik ceritanya. Tapi apa yang lebih menarik adalah apabila dapat melihat Kota Istanbul serta budaya hidup masyarat di sana. Walaupun hanya diselitkan sebagai elemen penambah rasa, tapi sudah cukup buat aku terpukau. 

Walaupun aku mampu meneka endingnya, tapi aku cukup puas hati. Mesejnya cuma satu, belum tentu insan yang kita kenal selama bertahun-tahun itu adalah untuk kita kerana kemungkinan besar insan yang kita hanya kenal sehari dua, atau mungkin seminggu dua itulah sebenarnya yang terbaik buat kita. 

Yang sebati itu mungkin sukar untuk dileraikan. Tapi jika itu mampu merosakkan segala rasa dalam perhubungan mungkin patut dibuang saja.

No comments: