Keliru buatkan dia turutkan saja segala kemahuan awak.
Keliru buatkan dia jadi manusia yang sentiasa menolak.
Keliru buatkan dia takut untuk mencuba.
Dia keliru.
Layanan awak.
Prihatinan awak.
Senyuman awak.
Perasaan awak.
Semua itu tidak mampu untuk dia rungkaikan untuk siapa semua itu.
Dia keliru
Awak tarik dia, awak ikat kemas.
Tapi makin lama ikatan makin longgar, dia cuba ikat kembali.
Tapi tak mampu.
Awak datang menolong. Ikatan longgar kembali.
Dia putus asa, dia rungkaikan terus ikatan itu dan berlalu pergi
tanpa sempat awak berbuat apa-apa.
Dia keliru.
Hati awak itu susah untuk dia tembus.
Mungkin awak sendiri yang tak beri ruang untuk dia menginap di situ.
Dia pergi dengan seribu satu persoalan.
Tolong awak, tolong rungkaikan segalanya.
Biar terbongkar segalanya.
Kerana,
Dia sudah cukup bersedia untuk segala jawapan.
No comments:
Post a Comment