Manusia ni banyak ragamnya. Susah kalau nak jaga hati semua. Sedangkan hati sendiri yang sakit tak terjaga. Makin lama makin teruk. Sikit hari entah hati tu jadi mati.
Bila hati dah mati, benda tak kejam boleh jadi kejam. Sebabnya hanya kerana HATI yang telah mati dan dah tak ada sekelumit belas kasihan yang mampu diberi. Dah tak ada nak menjaga hati sesiapa. Semua diberi layanan sama.
Samada suka atau tidak, kena terima sebab engkau sendiri yang biarkan hati itu mati.
Mujur hati aku belum lagi mati kerana sempat aku selamatkan dari dia terus sakit. Masa untuk aku pulihkan kembali hati aku. Masa untuk aku jaga hati aku sendiri.
No comments:
Post a Comment