#21

Pindah rumah lagi hoi. Perasaan seperti bukan duduk rumah sendiri buat aku nekad cari rumah lain. Rasa macam orang gila bila nak buat benda semua terbatas. Hiburan pun takde. Rutin aku balik kerja, masuk bilik mengadap dinding. Tak fun langsung kan.

Now, duduk rumah baru, seminggu sekali boleh senang hati basuh baju without any objection. Boleh memasak sesuka hati dengan pelbagai skill. Budak rumah yang hanya muda setahun tapi otak masuk air macam aku. Seperti kembali ke zaman duduk kolej bila serumah dengan diorang.

Cuma akan ada masa-masa yang tak semua ada sebab diorang bekerja dengan Petronas. Bila kerja berkaitan petroleum, cari gali bagai kenalah pergi offshore. Akhirnya yang setia jaga rumah adalah aku serta seorang lagi housemate aku yang gila kpop.

Aku tunggu masa nak sedut cerita korea dari dia. Tapi entah bila masa nak tengok aku pun tak pasti.

Oh, Selamat menyambut Ramadhan. Belum terlambat kan *kenyit mata*

No comments: