#22

Hi LELAKI,

Sehabis daya
Kau buat dia gembira.
Kau buat dia ketawa.
Kau buat hatinya berbunga
Kau buat hatinya dicuri.
Kau buat jantungnya berdegup kencang.
Kau buat dirinya seperti orang yang gila bayang.

Tapi,

Dengan mudahnya
Kau buat dia menangis.
Kau buat dia muram.
Kau buat hatinya layu
Kau pulangkan kembali hatinya
Kau buat jantungnya tidak lagi berdegup kencang
Kau buat dirinya seperti orang yang mengejar bayang.

Tegarnya, kau buat dia MATI.
Mati dalam hati kau.
Mati dalam hidup kau.

Tanpa kau sedari, bahawa kau masih HIDUP dalam hatinya, dalam dirinya.

Bertabahlah wahai PEREMPUAN.

No comments: