Semalam niat nak study terganggu kerana final bola Malaysia vs Indonesia. First half tengok di kedai yang penuh dibanjiri manusia. Mujur kami datang awal dan sempat grab tempat yang bagi aku agak strategik kerana mengadap skrin besar.
Second half balik tengok di bilik berbekalkan broadband sambil berdoa janganlah tersekat - sekat. Mujurlah smooth je streaming dan pagi ni aku dapat message kapasiti broadband dah hampir capai tahap maksimum. Aku abaikan saja message tu sebab lepas ni ada wifi yang super laju di rumah. Lagi berapa hari je lagi. So, bertahanlah broadband.
Tahniah untuk semua pemain Harimau Muda atas kerja bagus korang membolot pinggat emas. Aku ni dah hampir hilang suara bersorak untuk korang.
Lastly, ini ayat aku pinjam dari kawan aku Abdul Rahman di facebooknya,
Tahniah Badrol, kau memang layak digelar kapten.
Tahniah Apek, kami maafkan kecurangan anda.
Tahniah Fakri, walaupun banyak cacian tapi tanpa kau Malaysia tidak akan ke final.
Tahniah Asra, atas gol yang memberi ruang pada Malaysia.
Tahniah Harimau Muda
dan
Tahniah Malaysia!
Untuk perlawanan seterusnya di Syria, good luck and all the best :)
notakecik : Aku jarang layan bola sekarang tapi disebabkan Malaysia, aku layankan juga. Gila kau, siapa tak sayang negara kan.
3 comments:
abaikan pelajaran...hoho
mane boleh, itu masa depan. hoho..
Semua dah buka mata untuk Malaysia.
bagus lah.
Semoga Malaysia success selamanya.
Btw,jgn lupa belajar lepas tengok bola
:)
Post a Comment