Ini entri pertama di tahun baru. Aku rasa belum terlambat untuk aku ucap Selamat Tahun Baru. Lagipun tak ada apa pun yang nak dibanggakan dengan tahun baru. Setiap tahun pun kita menyambutnya. Cukup sekadar bersyukur kerana masih bernafas dan mampu mengharungi hari-hari mendatang.
Tahun 2011 banyak mengajar aku erti hidup. Tahun itu jugalah yang telah membuat aku terdetik untuk mewujudkan blog ini dengan penulisan yang sedikit berbeza dari yang sebelumnya.
Azam? Alhamdullilah ada dua tiga azam aku tahun lepas yang berjaya ditunaikan dan untuk tahun ini salah satu azam yang lepas akan dibawa ke tahun ini. Senang cerita selagi aku masih bergelar seorang pelajar, azam itu akan aku bawa ke tahun tahun seterusnya.
Untuk tahun ini aku rasa tahun yang bakal sibuk buat aku sebagai seorang pelajar. Walaupun bukanlah berada di final year tapi aku sudah hampir ke arah itu. Tugasan akan makin bertambah, dan apa yang aku harapkan adalah aku mampu bertahan sekuat yang boleh.
So, goodbye 2011 and welcome 2012. Tutup buku lama, buka buku baru yang kosong dan bersih. Harap aku mampu warnainya dengan sesuatu yang bermakna.
notakecik : sambut tahun baru dalam kereta saja :p
1 comment:
selamat tahun baru..
azam??apa azam aku eh...aku mmg taka azam..LOL
Post a Comment