Senyuman manisnya dulu semakin hari semakin hilang diganti dengan senyuman plastik. Senyuman yang menyatakan 'tak mengapa aku kuat' sedangkan dalam hatinya pedih bagai tertusuk duri yang terlalu tajam. Aku kagum atas tahap kesabaran dia yang tinggi kerana jika aku berada di tempatnya, sudah tentu lelaki itu aku tinggalkan dengan kejam sekali. Inilah yang dinamakan kuasa cinta. Kau tak akan pernah jangka sehebat dan sekuat mana kuasa itu.
Aku hanya mampu pandang dan mendengar segala rintihan hatinya. Untuk aku mencelah dan mencampuri urusannya, bukanlah hak aku. Cukuplah aku pinjamkan telinga serta bahu aku untuk dia berpaut dan bercerita.
Sampai bila? Mungkin sampai dia jumpa orang lain yang bisa gantikan tempat aku.
No comments:
Post a Comment