Move On

Woah, kawan aku dah move on. Congratz friend. Lama aku tunggu kau untuk move on dan akhirnya kau terbuka juga hati untuk teruskan perjalanan kau. It's ok kalau kau segan nak cakap yang kau dah bergerak setapak ke hadapan. Mungkin benda ini baru bagi kau. Kau akan belajar perlahan-lahan. Jangan risau. Mungkin kau akan kenang yang lama, tapi yang baru ini adalah realiti. Face it. Beranikan diri kau.

Aku tahu kau dah tersalah target. Tak mengapa. Sekurang-kurangnya kau dah cuba. Cuba untuk tinggalkan titik itu dan bergerak ke jalan yang lain. Yang bagi aku mungkin lebih mudah.

Selepas ini aku harap kau boleh harungi hidup kau dengan lebih sempurna. Biasalah bercinta. Kalau tak rasa sakit, bukan bercinta namanya. So, selamat datang ke dunia cinta yang penuh warna warni kawan :)

No comments: