#9

Minggu sesak otak dah berakhir dan sekarang boleh ucap selamat datang untuk minggu yang tenang tanpa sebarang kerja. Balik rumah boleh berehat sepuas hati selagi tidak dipanggil untuk buat kerja di dapur. Memang. Aku kalau awal-awal sampai rumah, agak malas untuk lakukan apa saja. Katil di bilik seperti tidak mahu melepaskan aku pergi. Mungkin terlalu rindukan aku gamaknya.

Cuti kali ini agak menarik bila ada ahli baru dalam keluarga aku. Sibuknya aku nanti, belum pasti sampai ke tahap berapa. Dengan yang ada sekarang pun belum cukup tangan mahu uruskan, inikan pula bertambah lagi seorang. Pengsan.

Apa yang pasti, cuti ini ada misi yang perlu aku laksanakan. Hiks.

No comments: