I'm very sorry for the awkward moment that day. It just, I really don't know how to react in front of you after all the things happen between us.
And maybe, we will be strangers after this. That is the best way for me to avoid you. Bukannya aku takut. Bukan juga aku tak mahu berdepan dengan masalah. Cuma, ini saja jalan yang mampu aku fikirkan sekarang supaya kau berhenti mempergunakan aku.
Sebetulnya, jika kau masih anggap yang aku masih punya perasaan pada kau, maaf kau silap. Perasaan itu telah aku buang jauh sejak dulu lagi. Segala pertolongan aku terhadap kau selama ini hanyalah atas dasar seorang sahabat. Maaf jika aku telah buat kau tersalah anggap.
Maaf juga kerana aku, kita jadi asing.
Aku harap, jikalau kita dipertemukan semula nanti, kita mungkin boleh mulakan sesi perkenalan yang baru. Mungkin ketika itu, aku bukan lagi aku yang sekarang, dan kau juga bukan kau yang aku kenal sekarang.
Kita bertemu sebagai apa, dan apa yang akan berlaku kepada kita selepas itu, hanya Dia saja yang tahu. Senyum.
No comments:
Post a Comment