#19

Kembali setelah lama menyepi. Sekarang aku dah tinggalkan segalanya mengenai pekerjaan lama. Pahit. Sangat pahit untuk aku kenang. Yang tinggal hanya memori manis bersama rakan kerja yang gila dan masuk air. Welcome to new work. New environment since aku bakal pindah ke rumah lain with new housemate yang masih kekal orang pantai timur. Kawe redho. Jodoh masih dengan ore sane. Kecek kelate la kawe pahni.

Dua minggu aku hilangkan diri dari Malaysia. Pergi tenangkan diri. Istanbul ke Madinah seterusnya ke Makkah. Satu perasaan yang sangat tenang. Sebelum pergi bermacam masalah aku hadapi. Sampai sana, semua masalah tu hilang. Langsung terlupa. Sememangnya dua minggu yang sangat aku ingat sampai ke hari ini. Even aku rasa nak repeat lagi umrah aku jika diberi peluang. Alhamdulillah peluang yang satu ini memang aku manfaatkan sesungguhnya. Tiada satu pun masa yang aku siakan di sana. Setiap masa hanya perhambakan diri pada Dia saja. Ketenangan yang dicari, memang ketenangan yang aku jumpa. 

Bila balik bermacam berita gembira aku terima. Alhamdulillah hampir kesemua sahabat aku berjaya dapat pekerjaan. Berita gembira buat aku. Mereka tak putus berterima kasih atas doa aku disana. Apa yang aku mampu kata, aku hanya tolong doakan saja. Tolong sampaikan kepada Dia segala hajat mereka, hanya Dia saja yang berhak tentukan apa yang Dia mahu beri. Jika mahu berterima kasih, bukan pada aku, tapi pada Dia yang diatas sana. 

Aku sangat berharap, kehidupan aku lebih bermakna selepas ini. InsyaAllah.

No comments: