Happy Birthday to me.
Untuk diri ini,
Tolong jadi lebih matang
Tolong jadi lebih solehah.
Jangan tinggal solat.
Jangan lupa ibu bapa.
Sila ingat tanggungjawab sebagai hambaNya.
Sila cepat cari calon.
Sila capai target yang tinggal.
Sila, sila dan sila.
Umur makin meningkat. Dah mencapai tahap dewasa. Bukan lagi remaja apetah lagi kanak-kanak.
Terima kasih Allah sebab masih lagi bagi aku bernafas sehingga hari ini.
Terima kasih mak sebab lahirkan aku serta besarkan aku sampai ke hari ini.
Terima kasih abah sebab sabar layan kerenah anak degil ini.
Terima kasih untuk semua yang wish. Kek serta starbucks juga terima kasih. Terharu aku*lap air mata* punya kawan seperti kalian.
Terima kasih juga sebab tak lanyak aku dengan segala jenis makanan basi serta tepung. Aku hargai sangat.
Terima kasih, terima kasih dan terima kasih semua.
Dan untuk sesiapa yang masih berhutang hadiah dengan aku, silalah langsaikan cepat. Aku tunggu. Jangan sampai aku pergi tuntut. Ngeh ngeh.
No comments:
Post a Comment