#01 : Gadis Itu.

Senang bercerita dekat sini. Sedikit privasi dari blog lagi satu. Sini hanya manusia tertentu saja yang ada untuk baca. Kadang-kadang rasa macam tiada siapa pun yang datang baca. Biasalah tiada entri menarik pun di sini.

Sekarang aku tengah bergelut dengan exam. Ya, final exam. Kepala dah cukup serabut. Baru rasa macam selama empat bulan pergi kelas aku main-main saja sebab aku tak tahu nak jawab apa bila buat revision. Oleh itu terpaksa buat hebat dengan cover pelajaran yang perlu belajar empat bulan dalam masa dua hari. Itu dah kira hebat la kan untuk budak yang otak slow macam aku. Damn, loser gila!

Untuk seminggu ni dua paper dah lepas. Tapi minggu depan, nah sekali empat paper. Bagi aku dikira sebagai tsunami yang datang tanpa ada amaran. Bertuju-tuju. Harap sangat aku boleh survive sebagaimana orang yang masih hidup di kala tsunami melanda.

Tak cukup dengan final exam, isu short sem pula. Dahla aku terpaksa extend sem disebabkan subjek yang banyak lagi belum dicover. Aku rasa masa memang aku sangat main-main betul. Kalau boleh hempuk diri kat dinding, dah lama aku buat.

Nak graduate pun susah -.-"



Memang. Aku dan roomate suka buat kerja yang sebegini. Sebelum ini selipar. Sekarang pencil case. Selepas ini belum tahu lagi ;p

1 comment:

N said...

sehati sejiwa ngan roomate...jgn kongsi laki dah..huk3...