First Love

Hari tu sis zara ada buat segmen pasal first love dekat universiti. Tapi tak berapa sempat nak join. So, aku just share dekat sini jelah.

Actually first love aku bukan time aku masuk alam pengajian tinggi. Tapi time aku form one tak silap. Maybe muda sangat kot untuk fall in love. Tapi bukanlah in love pun, lebih kepada admire. Kebetulan si macho ni pengawas dan pada masa tu dia tengah jaga kelas aku. Mula-mula pandang terus admire. Muka si macho nie seriously innocent. Oh, btw time tu dia form three. So, aku tak buat apa-apa pun selain just pandang dari jauh sampai lah masa aku dilantik jadi pengawas juga. Masa inilah aku bertindak. Yes, aku memang jenis berani tunjukkan perasaan aku.

First thing yang aku buat adalah mulakan bercakap dengan dia. Dia pula yang malu-malu even though dia senior aku. Then lama-lama aku start menyakat dia. Waktu aku sakat tu, habis merah muka dia sebab dia tu putih. That's why I like him. Oh, yes. I did give him a watch because aku ada dengar dia complain yang jam tangan dia dah pecah. The next day he came to school with the new watch. Gelak besar.

But, yang sedihnya dia try to seduce my friend. Tapi aku rilex je sebab aku just admire dan waktu tu memang takda niat nak couple or what so ever la kan. After a few years, dia pun dah habis sekolah aku masih di situ. Aku try cari dia dekat myspace. Tak jumpa. Try lagi dekat Friendster and jumpa. That time memang happy habis lah. Oh, tapi dekat Myspace aku jumpa girlfriend dia. Yes, dia sudah ada girlfriend dan she was quite cute. I like to see both of them together. Aku add juga dia dekat Yahoo Messenger. Tapi tak pernah bersembang pun.

Then aku continue study dekat Penang. Entah apa mimpi dia buzz aku di YM and we start chit chatting. That time aku dapat time dia dah break up dengan si comel tu. Lepas tu diam macam tu je. Sampai aku sambung degree dekat Gombak, dia buzz aku sekali lagi and now dia bagitahu dia kerja dekat Petaling Jaya. Dalam satu hari kitorg sembang macam orang gila. Apa saja topic yang terlintas aku cakap saja. Just in one day. Seperti dulu juga, after that dia menghilangkan diri. Senyap macam tu saja.

Now, already two thousand twelve and aku tak tahu sama ada dia masih di Petaling Jaya atau sudah pindah ke tempat lain. Apa yang aku tahu aku masih mencari dia. Tak kisahlah dia dah kahwin or single or what so ever, just aku nak tahu yang he's still alive. Sebab apa? Sebab aku rasa dialah satu-satunya manusia yang kalau ada orang sebut nama sama dengan dia buat aku berpaling dan mencari siapa gerangan manusia itu sehinggalah sekarang. Senyum malu.

Sebelas tahun adalah satu jangka masa yang cukup lama. Tapi aku tak pernah hilang rasa admire tu pada dia. Hebat bukan. Mengeluh.

Nampak macam klise, tapi itulah yang terjadi dan itulah diri aku. Senyum lagi.

1 comment:

ismisyahida. said...

err.

degree di gombak tu, U yang tepi hutan sungai pusu tu ke?

^^