Dua Puluh Empat

Dua puluh lapan februari, genap sudah dua puluh empat tahun aku melihat dunia. Bersyukur kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas sehingga hari ini dan dikelilingi dengan insan-insan yang aku sayang.

Malangnya belum cukup bagus lagi pencapaian aku sepanjang aku bernafas ini.

Kali ini aku perlu betul-betul  kena kuatkan semangat dan capai apa yang aku hajati selama ini.

Untuk abah dan emak yang tidak pernah putus mendoakan aku sepanjang dua puluh empat tahun dan seterusnya, aku sayang kalian berdua. Terima kasih kerana sanggup melayan kerenah aku yang tentu-tentu terlalu banyak bawa masalah. Well anak kedua kan, orang kata pelik sikit. hiks.

Untuk semua sahabat, terima kasih atas segala apa yang kalian telah berikan. Jatuh bangun bersama. Memang semua itu akan aku semat dalam kotak memori aku. Teruskan bersama aku ya. Terima kasih kerana tidak mandikan aku dengan segala jenis tepung dan telur. Aku hargai itu. Ahaks.

Selamat dua puluh empat tahun wahai Nuradilla Baharudin. Umur bukan penghalang untuk kau terus maju ke depan. Kau sentiasa muda remaja*perasan*. Ingat itu.

1 comment:

ghost said...

mesti sekarang dah rasa 24 tahun sama macam kau lalui masa 23 tahun.